24.May.2018

 

TERIMA KASIH!

daripada PUSAT INFAQ WADAH (PIW)


Sejak mula beroperasi,sumbangan anda pada PIW telah kami sampai dan salurkan kepada berbagai aktiviti, program dan individu yang memerlukan. Terima kasih kepada semua penyumbang!

 

 

Ayuh, teruskan tradisi ini bersama kami untuk Ramadhan kali ini dan tahun seterusnya!


 

ANDA SUMBANG, KAMI SAMPAIKAN


Ingin turut serta berinfaq dengan kami? 
Hubungi Sekretariat Wadah / Pusat Infaq Wadah di talian 
03-8920 2142 (Pn. Siti Nur Dalila) @ 
sumbangan terus melalui MAYBANK ISLAMIC 
di akaun TBA WADAH (5628 3463 9387).

 

Moga infaq yang diberi diterima pahala ganjarannya oleh Allah s.w.t.

 
20.Feb.2018

 

Berikut merupakan ringkasan perolehan dan agihan zakat yang telah dibuat oleh Pusat Infaq Wadah (PIW) dari bulan Julai 2015 hingga Disember 2017 :

Moga segala infaq dan zakat yang disumbangkan beroleh berkat dan ganjaran sewajarnya dari Allah s.w.t.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut berkaitan Pusat Infaq Wadah, boleh berhubung terus dengan Pn. Dalila di talian 03-8920 2142 (P) atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

07.May.2015


Perolehan Zakat

Wang zakat diperoleh melalui dua sumber iaitu:

a) Bayaran terus kepada Unit Kewangan, Sekretariat WADAH

b) Bayaran terus ke MAIP menerusi kaedah e-Zakat yang diuruskendali oleh ABIM (PKA)

Sebanyak RM 41,000.00 telah dikutip melalui bayaran terus kepada Unit Kewangan Sekretariat WADAH. Manakala jumlah zakat yang diterima daripada MAIP ialah sebanyak RM 111,055.00. Carta di bawah menunjukkan jumlah perolehan zakat bagi tahun 2014:

 

Carta 1: Perolehan Zakat Unit Kewangan Sekretariat WADAH

Graf bar 1: Perolehan e-Zakat ke MAIP

 

Graf bar 2: Bilangan pembayar zakat berdasarkan kategori

 

Agihan Zakat

Sepanjang tahun 2014, Unit Kewangan Sekretariat WADAH telah dapat mengagihkan bantuan/sumbangan berjumlah RM 151,851.35 dalam pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang layak menerima agihan zakat. Carta di bawah menunjukkan jumlah agihan zakat bagi tahun 2014:

Carta 3: Agihan Zakat WADAH

 

Butir-butir agihan mengikut kategori asnaf adalah seperti berikut:

a) Asnaf Gharim: Hutang persatuan kerana permasalahan ummah

b) Asnaf Miskin: Bantuan kecemasan/runcit/sara hidup

c) Asnaf Fisabilillah: Bantuan keperluan pendidikan, Pembinaan/ baikpulih masjid/surau/sekolah/asrama, Bantuan rawatan perubatan, Bantuan pelaksanaan program/ceramah/kuliah agama, Bantuan kecemasan luar jangka: banjir/ribut/kebakaran/dll, Bantuan kepada persatuan/badan Islam, Bantuan penyelidikan/penerbitan, Bantuan umum pelajaran, Saraan tenaga kerja sokongan. 

 

  • Terkini
  • Popular
  • AYUH INFAQ BERSAMA KAMI! Mahu menyumbang tetapi…
  • We are saddened by the sudden death…
  • 5 Jun 2019/ 29 Ramadan 1440 Wadah…
  • 12 Nov 2018, Bangunan JAWI - WADAH…
  • 5 November 2018, BANGI - Kunjungan Dr…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…

HUBUNGI KAMI

Sekretariat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 2142 / 8920 1769
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT