Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan oleh AJKP WADAH sebagai inisiatif memperkasakan usaha-usaha menjana sumber kewangan untuk kepentingan jamaah. PIW diwujudkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada usaha penjanaan dana dan kewangan secara cekap dan berkesan bagi membiayai program dan aktiviti-aktiviti jamaah. Antara peranan utama PIW adalah:
- Menerima sumbangan dan infaq dari anggota WADAH dan masyarakat.
- Membantu menggalakkan masyarakat membayar zakat dan menyalurkannya ke institusi-institusi zakat negeri.
- Membantu institusi-institusi zakat mengagihkan infaq dan zakat kepada asnaf serta mereka yang layak menerima.
Kelebihan menggunakan PIW untuk membayar infaq/zakat:
- Melaksanakan tuntutan syara'.
- Membantu membangunkan jamaah dan mengembangkan kegiatannya.
- Memastikan sumber-sumber dapat digunakan secara cekap dan berkesan untuk program-program dakwah yang benar-benar strategik.