EKSPEDISI PENDIDIKAN KE TURKI & BOSNIA
20 Mei - 01 Jun 2012
Ekspedisi anjuran Wadah & UNIW Malaysia dengan kerjasama Hayrat Foundation & UNIW
Dapatkan borang penyertaan di sini
Ekspedisi tahun ini sempena Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi di Ankara.
Ekspedisi dijangka akan meliputi :
Istanbul dan Ankara di Turki.
Sarajevo, Mostar & Sebrenica di Bosnia.
Teks Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-59
IMAN DAN PEMBINAAN WATAK PEJUANG: MENANGKAP SEMANGAT
SURAH AL-TAWBAH:38-42
Siddiq Fadzil
Hilang kepedulian terhadap panggilan perjuangan bukan sifat mukmin sejati. Demikianlah ayat 38, surah al-Tawbah memaknai iman. Mereka yang imannya kental dengan dinamika hayawiyyah, yang imannya hidup dan aktif pasti tersentak apabila menerima panggilan "Wahai orang-orang yang beriman…". Justeru, iman adalah keyakinannya yang terdalam, dan pendirian hidupnya yang paling mendasar. Memilih untuk beriman adalah keputusan terbesar yang dibuat dengan serius dan penuh kesedaran, termasuk kesedaran tentang erti, implikasi dan tuntutannya. Kesedaran itulah pula yang menjadikannya sentiasa responsif setiap kali menerima perintah Ilahi yang selalu disebut berurutan dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman…". Kerana itu ungkapan "Ya ayyuha 'lladhina amanu…" seharusnya disikapi dengan berghairah dan bersemangat siap melaksanakan perintah.
Teks penuh di sini