Majlis meraikan rombongan dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak tersebut telah diadakan di dewan masjid pesantren. Bersempena ziarah rombongan ke pesantren, sesi bicara motivasi kepada anak-anak tersebut telah diadakan dan diisi oleh wakil rombongan yang membawa minda hadirin kepada kepentingan serta perkaitan sains dan Islam. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada pesantren dan jamuan tengahari kepada semua hadirin.
Disamping itu, rombongan telah dibawa melawat Muzium HAMKA yang merupakan tapak asal rumah
kelahiran beliau serta makam ayahanda HAMKA di Sungai Batang Maninjau. HAMKA ialah singkatan kepada Haji Abd. Malek bin Syeikh Abdul Karim Amrullah yang merupakan tokoh agamawan dan ilmuan yang terkenal di tanah Minangkabau. Beliau meninggal pada tahun 1981 pada usia 73 tahun. Seterusnya rombongan juga turut melawat tempat-tempat peninggalan sejarah dan dibawa melihat suasana kehidupan masyarakat disekitar Bukit Tinggi dan Padang. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, begitulah dapat diumpamakan saat penerbangan kembali rombongan ke bumi Malaysia.