MUKTAMAR NASIONAL WADAH 2010

sempena

IJTIMAK HARAKIY PERTAMA

7- 8 OGOS 2010 bersamaan 26-27 Sya’aban 1431H (Sabtu-Ahad)
Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang

'MEMPERTEGUH UKHUWWAH MEMPERKASA JAMAAH'

Login Ahli



Seminar Pencerdasan Umat Dalam Pembinaan Masyarakat Madani

Print PDF


 

Perasmian dan Amanat Pimpinan bertajuk Pencerdasan dan Penyadaran: Pengaktualisasian Daulat rakyat dalam Sistem Demokrasi telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH.  Kertas kerja seminar telah dibentang oleh Dr Muhammad Nur Manuty, Timbalan Presiden Wadah dengan tajuk Masyarakat Berasaskan Ilmu adalah Tonggak Pembentukan Masyarakat Madani. Beliau menyorot kepada pencirian apa yang dimaksudkan sebagai masyarakat madani, masyarakat berteraskan ilmu seterusnya kepada pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat madani yang berilmu. Seminar telah diakhiri dengan sesi soal jawab yang telah mendapat sambutan hebat daripada peserta yang tidak putus-putus mengemukakan pertanyaan dan pernyataan pandangan dalam sesi bersama pembentang.