Majlis Perasmian Sekretariat SALWA Perak

IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016, Majlis Perasmian Sekretariat SALWA Perak telah diadakan dan dihadiri kira-kira 100 hadirin daripada SALWA, WADAH dan ABIM Perak serta guru-guru TASKI dan Anak-anak Yatim Nurul Ehsan, Sg. Siput. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Nur Izura Udzir selaku Naib Presiden Wadah (Ketua Salwa Pusat). 

Majlis diserikan dengan alunan nasyid oleh pelajar Maahad Al-Ummah, Chemor dan disusuli dengan ucapan Ustazah Kalsom Hj. Awang, Ketua SALWA Perak; Tn. Hj. Nasir Kamaruddin, Pengerusi WADAH Perak; dan Ustaz Saidi Adnan, YDP ABIM Perak. Seterusnya ucapan dan upacara perasmian disempurnakan. Turut disampaikan dalam majlis ini taklimat berkaitan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) oleh Pn. Norazizah A. Aziz, Pengarah Akademik KDH serta taklimat Pusat Infaq Wadah (PIW)  oleh Pn. Nor Aizan Ismail, Exco Wadah . Turut hadir sebagai wakil SALWA Pusat pada majlis ini ialah Dr. Rahmah Hashim dan Pn. Norasmawati Saad.

Produk air minuman alkali keluaran SALWA Perak, ' SALWANA' turut dilancarkan pada majlis ini sekaligus menjadi produk pertama yang dilancarkan oleh WADAH Negeri. 

Semoga dengan tertubuhnya Sekretariat SALWA Perak ini akan merancakkan lagi program dakwah khususnya untuk kaum wanita di Perak serta menjadi pemangkin pada WADAH dan Salwa Negeri yang lain untuk turut mengikut jejak langkah yang sama dalam menggiatkan usaha dakwah serta ekonomi negeri.

Read 12082 times
  • Terkini
  • Popular
  • SG. MERAB - Majlis yang telah berlangsung…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…
  • ANJUNG RAHMAT, Sg. Merab - Pada 6…
  • SG. MERAB, 27 Februari - Bengkel Hala…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map