Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki Mempertahankan Demokrasi

Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki Mempertahankan Demokrasi

 

 

 

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi tahniah kepada rakyat Turki sempena setahun memperingati Percubaan Kudeta terhadap Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyib Erdoğan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya.

 

2. Rakyat Turki telah mempertaruhkan darah dan nyawa demi mempertahankan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi. Seramai 250 jiwa terkorban dan 2200 lagi mengalami kecederaan akibat serangan pihak tentera yang menganggotai Gerakan Fethullah Gulen yang dilabel sekarang sebagai Fethullah Gulen Terrorist Organizatio ( FETO).

 

3. Percubaan Kudeta berdarah 15 Julai ini merupakan antara beberapa siri pengkhianatan dalaman dengan sokongan Barat untuk menjatuhkan Kerajaan AKParti pimpinan Recep Tayyib Erdoğan sejak 2002. Antaranya Demonstrasi Anti Kerajaan, yang terkenal sebagai Gezi Park, 28 Mei 2013, Tuduhan Rasuah terancang oleh Institusi Kehakiman pada 17 Disember 2013. Kudeta 15 Julai 2016, adalah usaha yang mutakhir dan paling terancang serta paling berdarah.

 

4. Walaupun AKParti telah memilih jalan demokrasi untuk meraih tampuk kekuasaan, namun Kuasa Barat tidak menyenanginya kerana Erdoğan melaksanakan dasar kehendak rakyat iaitu Turki kembali bebas menentukan haluannya,iaitu kembali kepada kekuatan Islam sekaligus meninggalkan Model Barat yang dianuti Pemerintah Turki sebelum ini.

 

5.Erdoğan telah berjaya membuktikan bahawa Islam dan Demokrasi sangat selari dan 'compatible' serta bukan suatu masalah untuk dilaksanakan dalam pemerintahan bernegara. Model Turki mulai menarik perhatian khususnya dunia Islam di Timur Tengah yang umumnya masih menganut sistem beraja yang feudalistik dan sistem pemerintahan tentera yang otokratik.

 

6. Justeru itu bukanlah suatu yang menghairankan ketika berlaku Kudeta, negara Barat membisu dan negara Arab menikus. Sedangkan sepatutnya, negara Barat yang mendabik dada sebagai juara demokrasi menjadi pembela Kerajaan Turki yang sah dipilih oleh rakyat. Namun apa yang berlaku, adalah sebaliknya. Negara Barat membuat kenyataan yang hambar tanpa sebarang komitmen mempertahankan Turki.Dunia Islam umumnya terus membisu kecuali beberapa negara yang berani menyatakan sikap tegas menyokong Turki.

 

7.Apa yang dilalui Turki dibawah kepemimpinan Erdoğan ialah cabaran untuk membebaskan diri dari cengkaman Barat terhadapnya sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Misi pembebasan ini pastinya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Namun demikian, sejak berlakunya Percubaan Kudeta 15 Julai 2016, bila rakyat sanggup berkorban jiwa dan raga kerana misi besar ini, maka rasanya Turki sudah muncul sebagai pemimpin dan pembela dunia Islam untuk misi pembebasan dari hegemoni Barat.

 

7. Musuh Turki selain kuasa Barat, ialah negara-negara Islam yang masih rela menjadi abdi dan budak suruhan Barat untuk kekal berkuasa dan membutakan mata terhadap perubahan dunia yang sedang berlaku.

 

8. WADAH sekali lagi ingin menegaskan akan sokongan terhadap rakyat dan negara Turki dan usaha Misi Pembebasan ini dan berdoa agar Rahmah dan Barakah terus dilimpahi ALlah kepada Presiden Recep Tayyib Erdoğan.

 

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

16 Julai 2017.

 

 

 

Nota : Disertakan link bagi kenyataan media di atas yang turut mendapat liputan portal web dalam dan luar negara.

 

 

Selangorkini, Malaysia - https://selangorkini.my/2017/07/memperingati-15-julai-2016-kemenangan-rakyat-turki-mempertahankan-demokrasi/

 

Portalsatu, Indonesia - http://portalsatu.com/read/news/ahmad-azam-peringatan-15-juli-kemenangan-rakyat-turki-mempertahankan-demokrasi-31898

 

Anadolu Ajansi, Turki - http://aa.com.tr/tr/15-temmuz-darbe-girisimi/wadah-genel-baskani-rahman-turk-halki-devletini-cani-ve-kaniyla-savundu/862765

 

Read 52 times
  • Terkini
  • Popular
  • Pernyataan Wadah sempena Hari Kemerdekaan ke-60 dan…
  • Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki…
  • ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar. Alhamdulillah…
  • [WADAH MEDIA STATEMENT] ISOLATING QATAR ONLY CREATES…
  • [PENYATAAN SIKAP WADAH] Pemboikotan Qatar dan Senarai…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map