WADAH Mengalu-alukan Kehadiran Parti Amanah Negara

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengalu-alukan penubuhan parti politik baru, yang diwar-warkan bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara (PAN), sebagai satu perkembangan positif yang membantu menyuburkan amalan demokrasi dengan sistem pelbagai-parti (multi-party system) yang menjadi amalan di negara ini. Selain dari memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih parti politik yang difikirkan lebih mampu memenuhi aspirasi mereka, penubuhan parti baru ini juga diharap dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan parti-parti politik yang sedia ada, agar masing-masing berusaha lebih keras menawarkan pendekatan dan penyelesaian yang lebih baik terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara, terutama di akhir-akhir waktu ini ketika negara dilanda dengan berbagai kemelut dan masalah termasuk krisis kepimpinan.

WADAH turut mengalu-alukan kenyatan Mohammad Sabu bahawa parti politik baru ini akan menjadikan Islam dan Syari’ah sebagai dasar perjuangan dan bakal membuka keahlian kepada bukan-Islam sebagai ahli dan pimpinan. Dengan dasar yang demikian, WADAH berharap parti baru ini tidak hanya berjuang bagi mendapatkan kuasa, tetapi juga memanfaatkan siasah syar’iyyah dalam pendekatannya dan berusaha menjadikan maqasid al-syari’ah sebagai matlamat perjuangannya. Lebih jauh lagi, adalah menjadi harapan kami agar parti politik baru ini turut membantu membina ‘amalan politik beramanah dan bersih’, iaitu ciri-ciri politik yang semakin hari semakin pupus dari budaya politik negara.

WADAH berharap pihak pemerintah akan akur kepada prinsip-prinsip demokrasi yang memberi kebebasan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan memberi laluan kepada penubuhan parti baru ini. WADAH juga menyeru supaya masyarakat Malaysia menerima kehadiran parti baru ini dengan tangan terbuka dan dengan sikap yang positif serta memberi peluang kepada parti ini membuktikan kemampuannya beraksi di pentas politik tanah air.

 

ABDUL HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung

Read 569 times
  • Terkini
  • Popular
  • [WADAH MEDIA STATEMENT] ISOLATING QATAR ONLY CREATES…
  • [PENYATAAN SIKAP WADAH] Pemboikotan Qatar dan Senarai…
  • 29 April 2016, Jumaat - Majlis Antarabangsa…
  • 14 MEI 2016, Sabtu - Lawatan Kerja…
  • Kenyataan Media Naib Presiden Wadah, PM Dr.…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map