Menyedari hakikat bahawa amalan kejayaan demokrasi di Malaysia banyak bergantung kepada perilaku politik masyarakat dan pemerintah. Namun secara realitinya pemerintah Malaysia melalui berbagai-bagai akta yang mencengkam dan menyekat kebebasan serta peranan SPR yang jauh lebih telus, telah menimbulkan budaya politik takut dalam masyarakat.
Dengan ini, Seminar Demokrasi di Malaysia : Aspirasi dan Realiti anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia pada 4 Ogos 2007 di ESSET, Bangi mengusulkan seperti berikut :
Demokrasi hendaklah dimartabatkan di Negara Malaysia dengan penuh kejujuran dan telus demi kesejahteraan rakyat.
1. Amalan demokrasi dalam IPT semakin terhakis. Justeru, IPT sebagai gedung ilmu sewajarnya memberikan kebebasan berfikir dan berorganisasi kepada pelajarnya bagi membolehkan berlakunya perkembangan minda.
2. Budaya politik wang hendaklah dibanteras dengan segera dan serius dalam masyarakt Malaysia.
3. Rakyat hendaklah dididik dengan lebih serius tentang faham demokrasi dalam ertikata sebenar demi kepentingan rakyat dan Negara.
4. Demokrasi tidak sewajarnya dijadikan wahana mengabsahkan pemerintahan dengan menjadikan demokrasi sebagai alat.
5. Amalan demokrasi sepatutnya berperanan mendaulatkan kuasa rakyat untuk kepentingan rakyat.
4hb Ogos 2007/ 20 Rejab 1428H ESSET KWSP, Sg Tangkas Bangi Selangor