Alamat Perhubungan

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH) (1947-05-7)
No 8, Jalan Surada Satu,
Taman Desa Surada, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

(Tel) 603-8925 2344
(Fax) 603-8922 2561

(Mel-e) wadahpusat@gmail.com

Pengertian Logo Wadah

Print PDF
Huruf-huruf jawi yang membentuk kalimat 'wadah' memanfatkan konsep separa bulatan yang berlapis dan berbentuk wadah, gayung atau mangkuk. Struktur ini adalah manifestasi kepelbagaian pengalaman yang terkumpul dari pelbagai tahap kedewasaan insan yang seharusnya ditampung sepenuhnya dan dimanfaatkan bagi meningkatkan tahap kecerdasan dan keupayaan umat.

Keberadaan kalimat jawi 'wadah' tinggi di langit biru menggambarkan meningkatnya kualiti umat dari segi ruhaniah dan
ilmu yang seharusnya melampaui nilai-nilai rendah duniawi. Warna hijau bagaimanapun menegaskan, walaupun manusia boleh meningkat tinggi dari segi ruhaniah dan ilmu pengetahuan, namun ia mestilah tetap berjejak ke bumi nyata dengan realiti kehidupan fizikal yang benar dan segar.