Alamat Perhubungan

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH) (1947-05-7)
No 8, Jalan Surada Satu,
Taman Desa Surada, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

(Tel) 603-8925 2344
(Fax) 603-8922 2561

(Mel-e) wadahpusat@gmail.com

Pengenalan Mengenai Wadah

Print PDF
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah pada 9 November 2005 dengan angka pendaftaran 1947-05-7 (Selangor). Keahlian Wadah adalah terbuka kepada rakyat Malaysia beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.

Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah.

Wadah akan memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.
Keahlian Wadah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.

Kepimpinan Wadah di peringkat Pusat terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan.  Wadah boleh dihubungi di alamat seperti yang terdapat di halaman depan portal wadah.