Lawatan UNIW Malaysia ke Kemboja

Print PDF

Daerah Kg Chhnang, Kemboja 5 Julai 2008 Kami ke Daerah Kompung Chhnang kira-kira 100 kilomter ke utara Phnom Penh. Di daerah ini terdapat sebuah kampung yang penduduknya orang Islam tetapi sejak dahulu hanya solat satu kali seminggu pada hari Jumaat. Namun sejak kebelakangan ini, dengan usaha dakwah yang dibuat, mereka telah mula solat lima kali sehari. Kami telah berkesempatan bertemu dengan penduduk kampung berkenaan di masjid lama mereka binaan kayu; bersebelahan dengan masjid baru dari binaan batu.

Menurut Ustaz Ismail yang membawa kami, mereka memerlukan dana untuk mengaji ustaz bagi kelas pengajian Islam untuk penduduk kampung yang mula diajar mengamalkan Islam dengan betul. Kami diperdengarkan cara mereka membaca surah dari Al Quran; sungguh pelik bunyi nya. Yang diperdengarkan itu ialah cara yang mereka amalkan sebelum ini; namun kini telah diperbetulkan bacaan mereka.