EKSPEDISI PENDIDIKAN KE TURKI 2014

(Istanbul, Konya, Isparta, Barla & Bursa)

Tarikh tentatif ekspedisi ialah  21 Mei - 01 Jun 2014.

Terbuka kepada semua.

ADA DISKAUN BAGI YG BAYAR YURAN AWAL

Butir & Borang penyertaan di sini

Brosur Wakaf Lantai & Sumbangan Ramadhan

Sila dapatkan brosur

1. Wakaf Lantai Pusat Dakwah & Tarbiyah Wadah Kg Sg Merab, Sepang (RM150 satu kaki persegi)

2.Brosur Sumbangan Ramadhan

Borang di sini

Wadah Online

Muzakarah Qiyadah 4

Print PDF

{mgmediabot2}type=youtube|youtubeid=GPBCt9rutlM{/mgmediabot2}

 

Sedutan Ucapan Dato Dr Siddiq Fadhil, Presiden Wadah di Muzakarah Qiyadah 4 pada 31 Disember 2011 di Kompleks Dar al Hikmah.

(catatan oleh Outreacher)

Syura

Gerakkanlah umat ke arah pencerdasan - taghyirul waqi'  wa tahsinu - merubah realiti semasa dan memperbaikinya.

Kita harus cukup kuat. Kemenangan itu selain pertolongan Allah swt adalah faktor manusia yang mendokong perjuangan itu.

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mu'min."

Pertolongan Allah swt dan kekuatan mu'min. Human factor adalah wa bil mu'minin. Pertolongan Allah tergantung kepada kualiti mu'min pejuangnya. Ini termasuk mu'min yang menghargai dan menghayati perintah-perintah Allah swt  termasuk perintah syura.

"Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat (syura) antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka."  42:38

wa syawirhum fil amr - dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu (3:159) adalah fi'il amar - ayat perintah wajib.

Ayat 42:38 memuji kualiti orang mu'min yang responsif kepada perintah Allah swt, melaksanakan solat, berurusan dengan syura dan menginfaq sebahagian rezki. Syura diletak pada ayat itu di antara solat dan zakat. Mana mungkin diletakkan begitu penting untuk lebih serious melaksana syura dan juga serious kepada sesiapa yang melanggar syura. Syura adalah lebih daripada urusan berorganisasi, ia urusan agama dan membawa barakah.

Kenyataan-kenyataan kita tentang isu fitnah dan qazaf telah dihasilkan melalui syura am dan syura khas. Kita telah juga menegaskan semula dan menambah melalui persidangan syura khas bahawa sesiapa tidak bersetuju dengan keputusan syura adalah tidak mewakili jamaah.

Apakah keputusan kita:-

1. Kita tuntut isu ini diselesaikan secara syara'

2. Umat kita diingatkan supaya jangan ikut dan tunduk tanpa keadilan dan bukti-bukti syara' - nanti hilang kelayakan kesaksian. Ini adalah aturan syara'

3. Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu diperincikan oleh syari`at. Contohnya, seorang hakim yang bersaksi bersendirian atau pun bersama 2 saksi ( atau 3 saksi lain yang lain gugur status hakimnya) pun tidak layak malah tidak boleh menceritakan apa yang dia lihat tanpa bukti kesaksian yang cukup.

4. Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama. Kita perlu menyelamatkan umat daripada kefasikan dan kehilangan kelayakan kesaksian.

Tentang salah atau betul keputusan syura bukan jaminan tetapi yang penting adalah melaksana perintah Allah swt dan melakukan terbaik menurut kiraan kita. Itulah yang membawa barakah. Pada perang  Badr, orang-orang  Islam telah membuat keputusan tentang tawanan-tawanan mereka atas dasar keperluan mendesak komuniti Islam waktu itu yang masih baru dan serba kekurangan. Umar al Khattab tidak bersetuju. Turunlah ayat al qur'an yang menegur keputusan itu adalah salah tetapi Allah tidak menurunkan azab. Umar pula tidak mendabik dada walaupun dia betul. Umar turut akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a.

Begitulah dengan Perang Uhud, Rasulullah s.a.w. akur kepada keputusan syura untuk keluar dari Madinah untuk mempertahankannya.

Ada masalah pada diri apabila ahli menolak keputusan syura.  fi qulubihim maradun fazadahumullahu marada - " dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya." Mana mungkin diperlekehkan syura atas alasan tidak sama dengan taraf sahabah seolah menolak ayat dan hadith. Ini adalah masalah ananiyah - ego, merasai diri lebih baik - ana khairu minhum.

Penyakit itu ditambah-tambah macam kurap apabila digaru.

Pantang harakah islamiyyah pada 3 perkara:-

1. hawa nafsu yang diikuti - ingin unggul, ingin menjadi besar

2. kedekut yang dipatuhi, dituruti, diikut-ikutkan

3. kagumi pendapat sendiri - dia betul orang lain salah, fakta-fakta dinafikan

Dalam syura, tiada siapa yang kalah dan tiada yang menang. Kadangkala keputusan dicapai  secara undian, tetapi ini tidak harus disalahtafsir. Yang menang adalah syura! Jangan dendami kemenangan itu.

 

 

Pernyataan Sikap Terhadap filem Innocence of Muslims

Print PDF

PERNYATAAN SIKAP TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melihat penerbitan Innocence of Muslims sebagai usaha jahat seorang individu iaitu Nakoula Basseley Nakoula yang berselindung di sebalik nama Sam Bacile, telah secara sengaja menghina Nabi Muhammad s.a.w. serta agama Islam serta dengan sengaja juga mahu menimbulkan kemarahan umat Islam. WADAH percaya sikap penerbit filem ini tidak mewakili masyarakat terbanyak dari kalangan non-muslim sebaliknya mewakili segelintir individu dungu yang mempunyai dendam kesumat dan kebencian yang melampaui batas kewarasan.

WADAH sekeras-kerasnya membantah perbuatan jahat penerbit filem tersebut dan juga kesal dengan sikap Google yang enggan menarik keluar trailer filem tersebut dari YouTube. Protes besar-besaran umat Islam adalah sah dan wajar terhadap perbuatan melampau menghina Islam dan menyentuh perkara yang sensitif bagi umat Islam khususnya terhadap ‘manusia terpuji’ iaitu Nabi Muhammad s.a.w.  Gambaran bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang homoseks, philendere dan paedophile adalah fitnah amat keji yang tidak dapat diterima sama sekali oleh umat Islam. Seorang Muslim yang waras tidak akan berdiam diri apabila kehormatan nabinya diinjak-injak begitu rupa.

‘Kebebasan bersuara’ tidak dapat diterima sebagai alasan untuk menghina dan dan memperkecil-kecilkan agama lain. Sekalipun menggunakan 1st Amendment, namun Amerika dalam sejarahnya, berkaitan kes Schenck vs. United States, Hakim Mahkamah Tertinggi Keadilan, Oliver Wendell Holmes Jr. mengesahkan bahawa kebebasan bersuara di Amerika bukanlah tidak terhad. Dia menulis mewakili keputusan sebulat suara mahkamah, “the most stringent protection would not protect a man falsely shouting fire in a theater and causing a panic.” Tindakan Sam Bacile dan Steve Klein (Konsultan kepada filem ini) bukan sekadar ‘pekikan palsu di pawagam yang membuat penonton panik’, tapi tindakan yang sudah dijangka bakal membawa malapetaka. Mereka menjadi punca yang membawa kematian Christopher Stevens, Duta Amerika di Libya bersama 3 orang kakitangan kedutaan. Demonstrasi-demonstrasi membantah filem tersebut di Pakistan mengakibatkan 21 orang terbunuh dan 200 orang tercedera. Memandang akibat tindakan mereka begitu rupa, atas alasan apakah Sam Bacile dan Steve Klein tidak boleh didakwa?

Seorang Muslim yang waras tidak akan tenteram apabila mengetahui kehormatan nabinya dihina dan diinjak-injak. Mereka yang benar iman mereka akan mengasihi Baginda Rasulullah s.a.w. lebih dari diri mereka sendiri. Pegangan seluruh Muslimin adalah seperti yang dinyatakan dalam Hadis Sahih berikut:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين

Tidak sempurna iman kamu sehinggalah aku (Muhammad Rasulullah) lebih dikasihi dari bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.

Apabila peribadi agung yang dicintai dengan seluruh jiwa dihina dan dinista demikian rupa maka kita boleh menjangka reaksi umat Islam di manapun mereka berada. Demonstrasi, protes dan bantahan adalah sesuatu yang diduga dan wajar. Bukan semata-mata untuk membantah dan memprotes tetapi juga untuk memberi pengajaran dan ingatan kepada kelompok Islamophobic bahawa perbuatan menghina Rasulullah s.a.w. seperti itu tidak boleh diterima sama sekali. Dilihat dari sudut etika dan norma masyarakat bertamaddun sekalipun, perbuatan demikian tidak dapat diterima.

Walaupun bantahan dan protes sesuatu yang wajar, namun kita harus melakukannya dalam batas dan kawalan akhlak serta tidak membiarkan emosi mempengaruhi hingga kita bertindak di luar batas yang diizinkan agama. Bagaimana kita dapat memberi justifikasi kematian-kematian yang terjadi ekoran protes dan bantahan tersebut. Di Pakistan sahaja demonstrasi mengakibatkan 21 orang terbunuh dan 200 cedera. Kita juga perlu menilai kebijaksanaan Ghulam Ahmed Bilour, seorang menteri kabinet Pakistan yang menawar hadiah US$100,000 untuk mereka yang dapat membunuh penerbit filem tersebut. Atau fatwa yang dikeluarkan oleh Ahmad Fouad Ashoush dari Salafi Mesir yang menyeru pemuda Muslim di Amerika dan Eropah supaya membunuh pengarah, penerbit dan para pelakon dan setiap orang yang membantu mempromosi filem tersebut, sebagai pengajaran kepada semua ‘monyet dan babi’ di Amerika dan Eropah ( “I issue a fatwa and call on the Muslim youth in America and Europe to do this duty, which is to kill the director, the producer and the actors and everyone who helped and promoted the film…and to “teach those filthy lowly ones a lesson that all the monkeys and pigs in America and Europe will understand” for insulting the name of the prophet Muhammad”).

Al-Quran memberi panduan di berbagai tempat tentang sikap utama yang harus diambil. Dalam Surah al-Muzzammil, ayat 10, Allah memerintah Baginda Rasulullah s.a.w. supaya bersabar:

وَاصْبِرْ عَلىَ مَا يَقُوْلُوْنَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيْلاً

Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.

Dalam ayat 34, Surah Fussilat, Allah s.w.t. memberi panduan

وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Dan tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik.

Mungkin ada yang berhujjah bahawa ayat-ayat ini Makkiyyah yang merujuk kepada situasi di Makkah ketika umat Islam masih lemah. Namun pembahagian Makkah-Madinah bukan merupakan hujjah yang kukuh. Surah Ali Imran, Madaniyyah, ayat 186, jelas menegaskan saranan yang sama:

 

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya demikian itu termasuk dalam (‘azmi al-umur) urusan yang (patut) diutamakan.

 

Allah mengingatkan kita supaya bersabar menghadapi hal-hal yang amat menyakitkan dari ahli al-kitab dan kaum musyrikin, namun Allah menegaskan bahawa kesabaran lebih utama dan kiranya bertindak, bertindaklah terhadap mereka dengan cara yang lebih baik. Tentunya bukan maksud al-Quran bahawa kita bersabar dengan tidak berbuat apa-apa. Bantahan dan protes adalah reaksi yang wajar, namun itu semuanya mestilah dalam batas yang dianjurkan al-Quran.

 

Sekretariat Wadah Pusat; 26 September 2012

 

Muktamar Nasional

Print PDF
Alhamdulillah, Muktamar Nasional ke-3 WADAH telah selamat berlangsung pada 28 Jun 2009 yang lalu di Kolej Dar al Hikmah. Dato’ Dr Siddiq Fadhil, Presiden WADAH telah menyampaikan Amanat Pimpinan bertajuk “Menangani Politik Perubahan dan Perubahan Politik” yang akan menjadi panduan dalam gerakerja WADAH untuk tiga tahun akan datang.

Sempena dengan Muktamar ini juga sidang seminar telah turut diadakan. Empat pembentang kertaskerja telah membentangkan dua tajuk yang amat menarik perhatian Perwakilan dan Pemerhati Muktamar pada kali ini  iaitu “Dakwah dan Cabaran Masakini" dibentangkan oleh Dr Muhammad Nur Manuty dan Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman.  Kedua-dua mereka adalah mantan Presiden ABIM dan kini menjadi Pimpinan Kanan WADAH.  Manakala Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Prof Madya Shaharuddin Badaruddin pula membentangkan kertaskerja bertajuk “Menangani Perubahan Politik”.
 

VIDEO AMANAT PIMPINAN 2010

Print PDF

 

{mgmediabot2}path=images/video/amanat_wadah_2010.wmv|autoplay=0|width=200|height=200{/mgmediabot2}

 

Amanat Pimpinan 2010 Wadah dengan tajuk 'MENDAULATKAN SYARI`AT,  MEMARTABATKAN UMAT: Realisasi Keadilan Sebagai Nilai Teras Pembangunan' disampaikan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH di German-Malaysian Institute, Kajang pada hari Sabtu 07 Ogos 2010 ketika Majlis Perasmian Ijtimak Harakiy Pertama.

(Teks dan Audio Amanat Pimpinan 2010 boleh di perolehi di bahagian Muat Turun)

 

VIDEO UCAPAN PENGGULUNGAN 2010

Print PDF

 

{mgmediabot2}path=images/video/gulung2010.wmv|autoplay=0|width=200|height=200{/mgmediabot2}

Ucapan Penggulungan Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah di Sesi Penggulungan Ijtimak Harakiy Pertama pada hari Ahad 8 Ogos 2010 di Dewan Besar, Kolej Dar al Hikmah.

(Audio Ucapan Penggulungan ini boleh di perolehi di bahagian Muat Turun)

 


Page 3 of 5