EKSPEDISI PENDIDIKAN KE TURKI 2014

(Istanbul, Konya, Isparta, Barla & Bursa)

Tarikh tentatif ekspedisi ialah  21 Mei - 01 Jun 2014.

Terbuka kepada semua.

ADA DISKAUN BAGI YG BAYAR YURAN AWAL

Butir & Borang penyertaan di sini

Brosur Wakaf Lantai & Sumbangan Ramadhan

Sila dapatkan brosur

1. Wakaf Lantai Pusat Dakwah & Tarbiyah Wadah Kg Sg Merab, Sepang (RM150 satu kaki persegi)

2.Brosur Sumbangan Ramadhan

Borang di sini

Wadah Online

"Ulama Perlu Berani Tegakkan Kebenaran" - Siddiq Fadzil

Print PDF

SHAH ALAM 23 O)kt 2012 - Ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa.
Dr. Siddiq Fadzil: Ulama perlu berani tegakkan kebenaran

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil berkata, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompomi atau bersekongkol.

Menurutnya, ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua.

“Dalam konteks sekarang, politik wang memang kuat. Saya khuatir, sekiranya ia tidak dikawal, pemimpin tidak ditentukan oleh undi tetapi kapitalis (mendanai) yang mengangkat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian ke- 15 bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Siddiq yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata, ulama tradisi Islam tidak merasakan mereka sebagai ulama tetapi diiktiraf berdasarkan ilmu, kewibawaan, intergriti moral dan penampilan dalam masyarakat.

“Di samping mendidik, perilaku mereka juga dicontohi. Ulama juga harus menguasai nas (tidak berubah) dan realiti ( berubah).

“Kita mementingkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam realiti. Ulama mengundur diri kerana maruah tetapi masih diperkudakan,” katanya.

Beliau berkata, dalam politik, pendapat tidak penting kerana pendapatan lebih utama.

“Sekarang, politik wang kuat. Saya khuatir, sekiranya ia tidak dikawal, pemimpin tidak akan ditentukan oleh undi tetapi kapitalis (pemberi dana) yang mengangkat mereka,” katanya.

Beliau berkata, ramai pemimpin lupa erti kepimpinan tetapi ‘sedap’ menjadi orang besar.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dr-siddiq-fadzil-ulama-perlu-berani-tegakkan-kebenaran-1.97483

 

Ekspedisi Pendidikan 2013 : Kembara di Bumi Uzbekistan dan Turki

Print PDF

 

Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan Hayrat mengadakan Ekspedisi Pendidikan ke Turki dan Uzbekistan sempena Simposium Antarabangsa kali ke-6 Badiuzzaman Said Nursi dan Risale an Nur pada 26 dan 27 Mei 2013 di Ankara, Turki. Seramai 25 orang yang terdiri dari pimpinan dan ahli WADAH telah terlibat dalam Ekspedisi Turki/ Uzbek 2013 mulai 17 Mei 2013 sehingga 31 Mei 2013. Ekspedisi ini akan melawat ke Istanbul dan Bursa di Turki, sementara di Uzbekistan ke Tashkent, Bukhara dan Samarkhand.
Diketuai oleh Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Timbalan Presiden WADAH, ekspedisi ini terlebih dahulu akan ke Uzbekistan untuk menjalin hubungan dengan NGO-NGO Islam di sana. Selepas itu mereka akan bertolak ke Turki bagi menghadiri Simposium Said Nursi dan mengadakan lawatan ziarah dengan kerjasama Hayrat Foundation. Simposium Antarabangsa kali ini dijangkakan akan dihadiri oleh sekitar 10,000 orang peserta dengan pembentang kertas kerja dari kira-kira 15 buah negara termasuk dari Malaysia.
 

Usrah Nadwah Siri 3

Print PDF


Pada 27 Jun 2013, Nadwah Ilmuan telah mengadakan Usrah Nadwah Siri Ke 3. Tajuk yang dibawa ialah “Tema-tema Utama Pemikiran Rashid Ghanoushi” dibentang oleh Dr Mazlee Malik dari UIAM, bertempat di Balai Seminar, Dato Dr Siddiq Fadzil.  Seramai 30 orang hadir terdiri dari ahli Nadwah dan mahasiswa.

Antara aspek-aspek penting yang telah dibentangkan dan dibincangkan adalah :

1.      Latar belakang peribadi dan intelektual Ghanoushi.

2.      Isu-isu dalam pemikiran Ghanoushi:

a. Manhaj Pemikiran- Pegangan terhadap Thawabit tetapi bukan bersifat Taklidi. Kesalingan hubungan peranan akal, fiqh dan realiti sosial dalam pembangunan kefahaman dan pemikiran Islam. Manhaj Malizie sebagai antara contoh model.

b. Antara aspek-aspek dalam pemikiran politik dan kenegaraan Ghanoushi :

  •  Falsafah Demokrasi dan Pluralisme Politik
  •  Fiqh Kewarganegaan
  • Hubungan Islam-Barat
  • Pemikiran Tentang Perubahan dan Pembaharuan
  • Konsep Pemeritahan Madani di Negara Islam.
  • Tabiat dan Cabaran Pemikiran Politik Masa Kini di Tunisia





 

Buletin Pencerdasan Edisi Jun/Julai 2013 versi online

Print PDF

Buletin Pencerdasan Edisi Jun/Julai 2013.

Wadah Negeri atau individu yang ingin menyumbang artikel atau bahan untuk keluaran Pencerdasan

akan datang; sila emel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk pertimbangan.


Versi online boleh muat turun di sini.

 

PERNYATAAN SIKAP: ISU 'RAMPASAN' BIBLE OLEH JAIS

Print PDF

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA


Pernyataan Sikap:

Isu ‘Rampasan’ Bible Oleh JAIS


Akhir-akhir ini berbangkit berbagai isu mengenai Islam vis-à-vis agama-agama lain, termasuk isu Kalimah Allah dan terbaharu isu rampasan lebih 300 naskhah kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Isu-isu ini bukan sahaja menimbulkan rasa ketidakselesaan masyarakat tetapi juga telah menjejaskan keharmonian hidup antara kaum dan agama. Satu tindakan segera dan berani diperlukan bagi menilai secara menyeluruh sikap dan pendekatan yang digunakan selama ini dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama. Satu solusi perlu dirumus bagi membendung berkembangnya kebencian dan dendam yang mungkin membawa masyarakat ke kancah masalah yang lebih besar. Atau kalau dibiarkan ia akan bertukar menjadi ‘bom jangka’ yang boleh meletus bila-bila masa lalu memusnahkan seluruh apa yang telah kita capai selama ini.

Semua pihak menerima hakikat bahawa isu-isu berkaitan hubungan antara agama dan kaum adalah isu-isu yang amat sensitif. Menanganinya memerlukan kebijaksanaan tersendiri. Mereka yang tulus ingin mencari penyelesaian bagi masalah ini harus menghadapinya dengan 'kepala yang dingin', kesabaran dan sikap berhati-hati yang luar biasa. Namun kita dapati dalam kes JAIS dan Bible Society of Malaysia, ada aspek-aspek yang perlu disemak kembali. Apakah kesan baik-buruk telah diperhitungkan semasak-masaknya sebelum tindakan diambil atau hanya satu tindakan melulu?. Apakah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan terbit dari akal yang rasional atau hasil dari rasa dendam dan kemarahan? Apakah kita telah bertindak dengan penuh bijaksana seperti yang dituntut oleh Islam? Kata kunci di sini ialah 'kebijaksanaan'. Sekiranya tindakan tidak dibuat secara bijaksana, maka ketegangan dan konflik akan bertambah parah dan cita-cita perpaduan akan tinggal menjadi impian dan angan-angan. Sementara kekecohan yang timbul dari tindakan-tindakan yang tidak bijaksana akan hanya menyumbang kepada menebalnya prejudis masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam sendiri.

Dalam konteks ini, WADAH bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini (Isnin, 6 Januari) bahawa perlunya semua pihak 'bertenang dan bersikap matang', perlunya 'mengenepikan emosi' dalam menangani kemelut ini. Namun mengulang-ulangi retorik seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah selagi tiada kesungguhan ditunjukkan pemerintah dan pihak-pihak yang berkuasa agama (termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan), MPPN, para cendiakawan dan pimpinan masyarakat bagi mengatasi masalah yang crucial ini.

Kenapa tidak diusahakan secara sungguh-sungguh mencari titik persefahaman di antara pelbagai kaum dan agama yang ada? Apakah tidak ada hal-hal yang boleh dipersetujui dan disepakati? Tidakkah ada yang boleh dipelajari dari semangat 'kalimatin sawaa' (Q 3:64) anjuran al-Quran? Tidakkah semua pihak menginginkan hidup bersama yang tenang dan aman? Sekiranya kita memilih untuk duduk bersama dengan hati yang tulus, bermusyawarah dan berdialog dengan dada yang lapang terbuka pasti banyak perbedaan dan salahfaham dapat dirungkai. Sikap saling memahami dan kesediaan untuk bertolak ansur yang terbina dari sesi-sesi seperti ini pasti akan memberi kesan positif yang tidak ternilai kepada semua pihak. Walaupun undang-undang, enakmen dan peraturan boleh digunakan untuk 'mengatasi' masalah, di sebalik musyawarah dan dialog, namun penyelesaian yang menyeluruh dan lebih abadi tidak akan dapat dicapai menerusi penguatkuasaan undang-undang.

WADAH mengalu-alukan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN), yang dalam sidang hari ini (Isnin, 6 Januari 2013) turut menyentuh isu tindakan JAIS tersebut. Bagaimanapun WADAH berpandangan MPPN wajar menyediakan agenda bertindak yang lebih konkrit, realistik dan menyeluruh dari sekedar 'mengecam dan menyatakan penyesalan' atas apa yang berlaku. Wacana dan muzakarah yang melibatkan kumpulan pakar dan para ilmuwan perlu disegerakan dan dibuat secara bersungguh-sungguh bagi mencari formula yang berkesan dan boleh diterima oleh semua pihak. Oleh kerana isu-isu sensitif kebanyakannya berkaitan dengan Islam dan agama-agama lain, maka wajar Majlis ini merujuk lebih banyak kepada para ilmuwan Islam yang berwibawa bagi mendapatkan pandangan yang tepat. WADAH ingin menganjurkan MPPN mempelajari bagaimana lebih 400 tahun, la convivencia iaitu konsep hidup bersama dalam aman dan harmoni antara Muslim, Kristian dan Yahudi dapat dipertahankan di Andalusia. Kenapa kita tidak mengambil model yang unprecedented ini sebagai tanda aras (benchmark) yang ingin dicapai?

WADAH berpandangan tindakan-tindakan yang bersifat provokatif oleh mana-mana pihak mestilah dihindarkan sama sekali. Rampasan kitab-kitab Bible, tindakan pihak penguatkuasa agama JAIS memasuki premis BSM dan reaksi dokongan kumpulan-kumpulan tertentu, telah diintrepretasi sebagai tindakan provokatif. Namun kita juga tidak dapat menerima tindakan yang bersifat provokatif penganut agama Kristian melaung-laungkan kalimat 'Bapak Tuhan Allah, Bapak Tuhan Allah'. Demikian juga gambaran salah yang diberi seolah-olah The Bible Society of Malaysia sebagai sebuah gereja sedangkan ia hanyalah sebuah rumah persatuan. Reaksi beremosi tiga Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku bagi meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 adalah juga tindakan provokatif yang tidak sepatutnya berbangkit.

WADAH juga menggesa pihak pemerintah perlu mengambil langkah tegas bagi mengatasi kekeliruan dalam masyarakat ekoran percanggahan dan kekaburan yang terdapat dalam ketetapan, keputusan mahkamah dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan. Antara Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan keputusan-keputusan mahkamah dan juga perintah sultan. Selagi percanggahan-percanggahan ini tidak diselesaikan, masing-masing merasa mereka mempunyai hujjah bagi mempertahan pendirian masing-masing - yang saling bercanggah. Tindakan ini akan menjurus kepada melebarnya jurang syak wasangka antara satu sama lain yang akhirnya akan membawa petaka.

Sekian.

 


ABDUL HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung.

Isnin, 6 Januari 2014.

 

 


Page 1 of 5