Laporan Gallup Menangkis Mitos Tentang Orang-orang Islam Amerika

Print PDF
Kajian juga menunjukkan wanita Islam Amerika memperoleh jumlah yang sama dengan lelaki di kedua-dua tahap pendapatan rendah dan tinggi, menjadikan kelompok agama ini mempunyai darjah kesamaan gender dari segi ekonomi yang paling tinggi.

41 peratus orang-orang Islam Amerika menganggap diri mereka maju, namun hanya 23 peratus di Perancis dan 7 peratus di Britain yang beranggapan demikian.

Penulis laporan berkenaan menyaran agar Amerika “rethink” tentang pemahaman mereka tentang masyarakat Islam di Amerika. Menurut Dalia Mogahed, pengarah eksekutif Gallup Center for Muslim Studies, orang-orang Islam merupakan kelompok penganut agama yang dipandang paling negatif.