wrapper

Pengumuman

PENGHARGAAN KEPADA ALLAHYARHAM DATO' DR. SIDDIQ FADZIL DALAM KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERAK

 
09 SEPTEMBER 2021 - Sekalung penghargaan diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menyediakan teks khas untuk mengenang jasa Ustaz Prof. Dato' Dr Siddiq Fadzil yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2021, Selasa yang lalu. Sisipan teks khutbah Jumaat bertarikh 10 September 2021 dengan tajuk 'Ulama' Pewaris Nabi' itu adalah seperti berikut:
 
 
 
 
Gambar 1 & 2: Tangkap layar Khutbah Jumaat 10 September 2021: ULAMA’ PEWARIS NABI
Jabatan Agama Islam Perak, muka surat 3 & 4
 
 
"Ummah dihujani gerimis sedih menerima berita pemergian seorang tokoh murabbi dan ulama’ yang sepanjang hayatnya, gigih menyumbangkan ilmu melalui pemikiran yang disampaikan baik secara lisan begitu juga tulisan. Kembalinya ke Rahmatullah, Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, anak kelahiran Kampung Sungai Tiang Barat, Bagan Datoh, sekitar jam 6.30 petang, hari Selasa, 22 Muharam 1443 Hijrah, bersamaan 31 Ogos 2021, merupakan satu kehilangan besar, ibarat terpadamnya cahaya daripada sebutir bintang di langit ilmu. Ustaz Siddiq Fadzil telah mengabadikan diri, berdakwah dan mengembangkan ilmu dengan jayanya, dan dikenali sebagai seorang ilmuwan. Ustaz Siddiq Fadzil menyahut seruan penciptanya ketika berusia 74 tahun 8 bulan, pada hari negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-64. Semasa hayatnya, beliau senantiasa menegaskan bahawa perkara lebih penting selepas kemerdekaan tanah air ialah kemerdekaan pemikiran.

Ustaz Siddiq Fadzil merupakan seorang tokoh murabbi dan ulama’ yang dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 1427 Hijrah (2006 Masihi), dan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada tahun 1440 Hijrah (2018 Masihi). Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Ustaz Siddiq Fadzil dilantik sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak selama dua puluh tahun; dari tahun 1991 sehingga 2011; dan dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 2001, dan sering dijemput menyertai majlis-majlis wacana ilmu di negeri Perak. Mudah-mudahan khazanah ilmu dan gagasan idea yang ditinggalkan, menjadi semangat dan azimat untuk kita terus semarakkan.
Kepada Allah SWT kita pohonkan doa, agar segala khidmat dan jasa bakti Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil diterima sebagai amal soleh; semoga roh Allahyarham dilimpahi sebesar-besar rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia’, siddiqin, syuhada’ dan solihin, di samping mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dan kekuatan, ketabahan dan keredhaan menghadapi ujian Ilahi."
 
 
 
Semoga dengan khutbah itu dapat mendidik umat mengenal dan mengenang tokoh-tokoh ilmuan yang cemerlang yang pernah dilahirkan dari negeri Perak khususnya.
 
Sesungguhnya khutbah yang diterbitkan oleh MAIPk ini menampakkan sikap keterbukaan dan dinamika yang patut dipuji. Tahniah Dato Seri Mohd Annuar Zaini selaku Yang Di-Pertua yang banyak melakukan pembaharuan.
 
Seluruh warga WADAH, ABIM dan PKPIM khususnya ingin merakamkan perasaan syukur dan penghargaan atas usaha MAIPk mengangkat tokoh penting ini sebagai kandungan teks khutbah Jumaat di seluruh negeri Perak.
 
 
 
* Teks khutbah penuh dilampirkan seperti di bawah. Juga boleh dimuat turun di http://jaipk.perak.gov.my/index.php/muat-turun/category/151-september 
 
 
 
Kredit FB post: Nasir Kamarudin
Read 246 times

Info Wadah

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat. 

Alamat Perhubungan

No 23A-2-2A, Tingkat 2 Jalan Medan Pusat Bandar 2A,  Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 
Telefon: 603-8920 2142
Faks: 603-8912 2346
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
 

 

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family