WADAH meminta Kerajaan Memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional PDF Print E-mail
 
 
 
KENYATAAN MEDIA
3 Julai 2009


Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) meminta kerajaan memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional yang bakal menyaksikan pengagihan biasaswa berdasarkan 100 peratus merit dan bukan lagi berasaskan kaum. Usaha mengkaji dan memperhalusi cadangan ini perlu bagi memastikan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan terus dipertahankan.

Wadah meminta kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap ketidakseimbangan yang wujud antara bandar dan luar bandar, antara Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak dan antara kelompok berpendapatan tinggi dan golongan miskin di bandar-bandar. Masing-masing mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pendapatan dan taraf hidup, persekitaran dan kemudahan pembelajaran. Semua ini akan memberi kesan yang berbeza ke atas prestasi pelajar-pelajar. Sekiranya pemberian bantuan dan biasiswa berasaskan merit semata-mata, maka sebilangan besar mereka yang berada di luar bandar, di pendalaman Sarawak dan Sabah serta golongan miskin di bandar-bandar akan terkeluar dari senarai mereka yang  mendapat peluang biasiswa ini, kerana sering kali prestasi akademik kelompok ini relatif lebih rendah.

Wadah percaya sekiranya aspek-aspek ini tidak diberi perhatian, akan tercetus ketidakpuasan hati dan keresahan dalam masyarakat yang boleh bertukar menjadi konflik baru yang mengganggu kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Kerajaan juga seharusnya menghormati Fasal 153 (2), Perlembagaan Malaysia yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung bagi melindungi kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk soal yang berkaitan dengan biasiswa.



ABDUL HALIM ISMAIL
Setiausaha Agung
 
Muktamar Nasional PDF Print E-mail
Alhamdulillah, Muktamar Nasional ke-3 WADAH telah selamat berlangsung pada 28 Jun 2009 yang lalu di Kolej Dar al Hikmah. Dato’ Dr Siddiq Fadhil, Presiden WADAH telah menyampaikan Amanat Pimpinan bertajuk “Menangani Politik Perubahan dan Perubahan Politik” yang akan menjadi panduan dalam gerakerja WADAH untuk tiga tahun akan datang.

Sempena dengan Muktamar ini juga sidang seminar telah turut diadakan. Empat pembentang kertaskerja telah membentangkan dua tajuk yang amat menarik perhatian Perwakilan dan Pemerhati Muktamar pada kali ini  iaitu “Dakwah dan Cabaran Masakini" dibentangkan oleh Dr Muhammad Nur Manuty dan Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman.  Kedua-dua mereka adalah mantan Presiden ABIM dan kini menjadi Pimpinan Kanan WADAH.  Manakala Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Prof Madya Shaharuddin Badaruddin pula membentangkan kertaskerja bertajuk “Menangani Perubahan Politik”.
 
Muktamar pada kali ini adalah merupakan tahun pemilihan.  Dato’ Dr Siddiq Fadzil telah sekali lagi dipilih untuk menerajui WADAH.  Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung kekal disandang oleh Haji Abdul Halim Ismail.  Pemilihan pimpinan WADAH dibuat tiga tahun sekali.

 
WADAH Bawa Suara Palestin Untuk Cari Penyelesaian PDF Print E-mail

SIMPOSIUM ANTARABANGSA PALESTIN SEMPENA MESYUARAT AGUNG UNIW, ISTANBUL, TURKI

Simposium Antarabangsa Palestin anjuran Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) pada 30 – 31 Mei 2009 yang lalu telah menampilkan pelbagai tokoh Islam antarabangsa dari pelbagai negara sebagai usaha untuk mencari solusi jangka panjang terhadap krisis yang berlaku di rantau berkenaan.  Apa yang menarik, Simposium berkenaan  telah mengiktiraf ketokohan beberapa pemimpin NGO Islam di Malaysia apabila mereka dijemput oleh pihak penganjur untuk membentangkan kertas kerja.  

Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) En Ahmad Azam Abdul Rahman antara wakil Malaysia yang dijemput untuk berkongsi idea bersama puluhan NGO Islam dari seluruh dunia. Beliau yang sebelum ini pernah membentangkan kertas kerja berkenaan isu "Islamphobia" pada tahun 2008 yang lalu, turut diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama dalam simposium berkenaan. Selain Wadah, beliau turut aktif bersuara dalam isu yang melibatkan persoalan antarabangsa menerusi platform Future Global Network (FGN).

Di samping itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga telah menempa sejarah apabila menjadi satu-satunya pertubuhan mahasiswa yang dijemput untuk mewakili Malaysia untuk membentangkan kertas kerja berkenaan isu rakyat Palestin di pentas simposium antarabangsa berkenaan. Muhammad Faisal Abdul Aziz yang merupakan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM adalah tokoh paling muda di kalangan semua pembentang yang dijemput untuk membentangkan kertas kerja di pentas simposium berkenaan.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4
Alamat Perhubungan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) (1947-05-7)
No 8, Jalan Surada Satu,
Taman Desa Surada
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
(Tel) 603-8925 2344 (Fax) 603-8922 2561
Mel-e : wadahpusat@gmail.com
--------------------------------------------

Foto Seputar Seminar 100 Tahun Mohammad Natsir

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Koleksi Foto Dalam Buku 100 Tahun Mohammad Natsir

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
BUKU 100 TAHUN MOHAMMAD NATSIR

Harga biasa RM20.00 senaskah.
Harga promosi RM15.00.
Untuk 100 pesanan pertama, belanja Pos Ekspress percuma. Sila bank in bayaran ke akaun WADAH di BIMB 12-02901-0047955, dan faks atau emel bukti pembayaran bersama nama dan alamat pos.
BOLEH DIPEROLEHI DI SEKRETARIAT WADAH.
RocketTheme Joomla Templates